11 Sept 2013

Temui Penulis Love Novel


JOM TEMUI PENULIS HANTU PUNYA BOSS (DEKNA LEE) & PENULIS MR SECRET ADMIRER (SHILA ALISH) DI KEDAI BUKU 1 MALAYSIA



10 Sept 2013

LOVE NOVEL


29 Aug 2013

TERBARU KELUARAN LOVENOVEL


 KELUARAN ISTIMEWA 
Lovenovel Publication OGOS 2013..

Tajuk : Hantu Punya Bos!
Penulis : Dekna Lee
Harga : RM24.00sm / RM27.00ss
Terbitan : Lovenovel
Sinopsis :
BEKERJA sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu.

“Kau tau tak pagi tadi, dia kutuk telinga capang aku ni? Dia minta aku buatkan dia air dalam gelas besar sebesar telinga aku ni. Hantu punya bos! Macamlah telinga dia lawa sangat! Telinga dia tu berkerepot macam keropok goreng!” ~Diela

Baru hari pertama Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, ‘hantu punya bos!’. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! MELATAH! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya singgah ke muka Abby semula.

Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan ‘mengheret’ gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu?



Tajuk : Episod Cinta Harlys
Penulis : Fieyza Fadlina
Harga : RM25.00sm / RM28.00ss
Terbitan : Lovenovel
Sinopsis :
Kerana satu peristiwa hitam, Harith dan Arlyssa disatukan dalam sebuah ikatan pernikahan. Namun, ikatan itu hanya sekadar di atas kertas, Enam tahun mereka berpisah kerana ego masing-masing. Pertemuan yang diatur oleh Puan Ainidan Syed Yusri memaksa Arlyssa kembali bersama Harith dengan status ISTERI.

“Bilik ni ke bilik kita?”
“Apa dia? Bilik kita? Sejak bila pulak ada istilah ‘bilik kita’?!”
“Err.. kalau bukan bilik kita, bilik siapa?”
“Ni bilik saya! Kalau awak nak tidur, awak boleh tidur saja di mana-mana pun tapi bukan di bilik ni dan bukan di bilik-bilik yang lain sebab bilik-bilik tu semua dah ada orang punya!”

Pergaduhan sudah seperti makanan ruji buat Harith dalam hidup bersama Arlyssa. Tapi Harith tersangat sabar. Dan sekeras kerak nasi, akhirnya lembut juga jika direndam dengan air. Begitulah juga dengan hati Arlyssa. Semakin hari rasa sayang dan cinta semakin berkembang mekar di dalam hati. Tambah manis apabila cinta yang dihulur berbalas kembali. Terasa dunia milik mereka.

Perhubungan yang semakin menemui titik kebahagian tiba-tiba dilanda badai. Perkahwinan yang menjadi rahsia dalam keluarga Harith akhirnya terbongkar. Penolakkan dari Puan Hasnah memberi tamparan besar kepada Harith. Dia berbelah bahagi. Di kanan isteri, di kiri pula ibu kandung.

Masalah yang sedia ada semakin bertimpa dengan kewujudan Najwan dan Humaira yang mempunyai misi untuk menghancurkan rumah tangga pasangan ini. Siapa Najwan? Siapa pula Humaira? Dan adakah bahagia akan selamanya bersama mereka?
 

26 Aug 2013

Terbitan Ogos 2013

Tajuk : Hantu Punya Bos!
Penulis : Dekna Lee 
Terbitan : Lovenovel 
Harga : SM RM24.00 / SS RM27.00

Sinopsis :

BEKERJA sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu. 

“Kau tau tak pagi tadi, dia kutuk telinga capang aku ni? Dia minta aku buatkan dia air dalam gelas besar sebesar telinga aku ni. Hantu punya bos! Macamlah telinga dia lawa sangat! Telinga dia tu berkerepot macam keropok goreng!” ~Diela

Baru hari pertama Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, ‘hantu punya bos!’. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! MELATAH! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya singgah ke muka Abby semula.

Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan ‘mengheret’ gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu?



Tajuk : Episod Cinta Harlys
Penulis : Fieyza Fadlina 
Terbitan : Lovenovel 
Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00

Sinopsis :

Kerana satu peristiwa hitam, Harith dan Arlyssa disatukan dalam sebuah ikatan pernikahan. Namun, ikatan itu hanya sekadar di atas kertas, Enam tahun mereka berpisah kerana ego masing-masing. Pertemuan yang diatur oleh Puan Ainidan Syed Yusri memaksa Arlyssa kembali bersama Harith dengan status ISTERI. 

“Bilik ni ke bilik kita?”
“Apa dia? Bilik kita? Sejak bila pulak ada istilah ‘bilik kita’?!”
“Err.. kalau bukan bilik kita, bilik siapa?”
“Ni bilik saya! Kalau awak nak tidur, awak boleh tidur saja di mana-mana pun tapi bukan di bilik ni dan bukan di bilik-bilik yang lain sebab bilik-bilik tu semua dah ada orang punya!”

Pergaduhan sudah seperti makanan ruji buat Harith dalam hidup bersama Arlyssa. Tapi Harith tersangat sabar. Dan sekeras kerak nasi, akhirnya lembut juga jika direndam dengan air. Begitulah juga dengan hati Arlyssa. Semakin hari rasa sayang dan cinta semakin berkembang mekar di dalam hati. Tambah manis apabila cinta yang dihulur berbalas kembali. Terasa dunia milik mereka.

Perhubungan yang semakin menemui titik kebahagian tiba-tiba dilanda badai. Perkahwinan yang menjadi rahsia dalam keluarga Harith akhirnya terbongkar. Penolakkan dari Puan Hasnah memberi tamparan besar kepada Harith. Dia berbelah bahagi. Di kanan isteri, di kiri pula ibu kandung.

Masalah yang sedia ada semakin bertimpa dengan kewujudan Najwan dan Humaira yang mempunyai misi untuk menghancurkan rumah tangga pasangan ini. Siapa Najwan? Siapa pula Humaira? Dan adakah bahagia akan selamanya bersama mereka?

23 Jul 2013

MR SECRET ADMIRER= SHILA ALISH



SINOPSIS:-

Kisah bermula apabila Zureen ditawarkan bekerja sebagai jururawat peribadi kepada seorang lelaki kacukan Arab-Pakistan, Syed Redza yang baru tersedar dari koma akibat kemalangan jalan raya. Pekerjaan yang disangka mudah, rupa-rupanya serba mencabar apabila dia sering saja menjadi mangsa kemarahan dan sikap baran lelaki kepala batu itu.Di pihak Syed Redza, hatinya memegang kukuh sebuah dendam.
Kerana terlalu bencikan bekas tunangnya, dia turut melempiaskan rasa yang serupa kepada Zureen. Baginya perempuan semuanya sama, semua tidak boleh dipercayai. Sungguh hatinya benci!

“Aku dah jumpa ramai perempuan macam kau ni. Depan bukan main baik lagi, tapi di belakang macam racun!” – Syed Redza.

Kebencian Syed Redza yang tidak masuk akal itu membuatkan Zureen semakin tersepit. Dia mahu melarikan diri sejauh mungkin, namun kakinya dirantai dengan janji bersama Datin Raja Fatimah. Dan kehadiran abang angkatnya, Dr.Haziq semakin menambahkan beban apabila pangkat ‘adik’ itu rupa-rupanya sekadar di bibir. Di hati lelaki itu tersirat makna yang lainnya, makna yang jelas berbeza.

Namun apabila cinta dan rindu yang terpendam utuh mulai terancam, ego seorang Mr. Secret Admirer di campak jauh ke tepi.Dari rasa benci yang membuak tinggi
membuak tinggi, hati Syed Redza disapa rasa cemburu apabila perhatian Zureen teralih kepada Dr. Haziq. Jiwanya mula kacau bilau tidak keruan.

Perubahan dua ratus peratus Syed Redza membuatkan Zureen kematian kata. Daripada sikap yang suka mendengus dan membentak, lelaki itu seolah-olah cuba mencuri hatinya. Akur dengan rasa yang serupa, Zureen akhirnya memberi ruang dan peluang untuk membina bahagia bersama.

Namun, sebegitu mudahkah cinta mereka bersatu? Dan mampukah Mr. Secret Admirer memegang cintanya sehingga ke akhir waktu?

“Hanya Allah yang tahu apa niat aku. Hanya Allah yang tahu betapa aku menderita kerana terpaksa berperang antara hati dan akal aku sendiri.” - Zureen

11 Jul 2013

Love Novel Publication

NOVEL2 KELUARAN LOVE NOVEL


9 Jul 2013

DARI PENERBITAN LOVE NOVEL PUBLICATION













KELUARAN LOVE NOVEL PUBLICATION











DAPATKAN SEGERA NOVEL2 KELUARAN LOVE NOVEL PUBLICATION DI WEBSITE:~ http://www.lovenovel.com.my/
@
DI KEDAI2 BUKU BERHAMPIRAN ANDA


26 Mar 2013

Pelangi Cinta Buat Suami (PCBS)- Acik Lana



Pelangi Cinta Buat Suami (PCBS) -Acik Lana 5*****

Novel Acik Lana yg ke 5 berjaya di khatamkan.
Tersangat best.
Acik Lana ni antara my fav novelis sbb karya die best2 belaka.
 kalau ade novel bru dr acik je..cnfrm akan beli.

Sinopsis:-

Kata orang cinta itu mampu hadir dari pelbagai rupa, segi dan cara. Kadangkala datangnya langsung tidak mampu diramal oleh jiwa, begitu saja.

Imanina : Kerana sebuah diari, perasaan cinta di hati wujud serta merta. Dia terpesona, kagum dan terpukau dengan kata-kata indah itu kerana menyedari betapa beruntungnya menjadi wanita yang dikasihi seorang suami dengan sepenuh hati.

Tengku Qalif : Cintanya kepada Liyana umpama langit yang tidak bersempadan, umpama udara yang
memenuhi bumi, dan sebuah kehilangan membuatkan separuh nyawanya mati. Kerana cintanya satu, mustahil untuk dia memberi rasa serupa kepada yang kedua.

Menyedari keadaan Tengku Qalif yang bagaikan 'mayat bernyawa' Imanina tekad mahu membahagiakan lelaki bergelar duda itu. Namun Tengku Qalif berterusan menolak dan menepis setiap bantuan darinya.

Dan ketika Imanina melamar Tengku Qalif dengan sebuah perkahwinan, perasaan benci di hati kian memuncak. Semakin jauh mengelak, semakin dekat Imanina menghampiri. Dan kerana sebuah cabaran, akhirnya Tengku Qalif terpaksa bersetuju untuk menikahi Imanina.

Perkahwinan yang awalnya dialas dengan kebencian perlahan-lahan berubah menjadi perkahwinan kedua yang terlalu bermakna untuknya. Ketika bahagia merantai hubungan mereka, ada malang datang bertandang. Perpisahan tidak terduga meletakkan Imanina di tempat Tengku Qalif seperti suatu masa dahulu. Sama tidak berbeza.

Namun kemunculan seorang lelaki di pertengahan jalan sengsara membuatkan hati Imanina terbelah dua. Perlukah dia kekal setia dengan sumpah janjinya kepada orang yang telah tiada? Dan ketika tangan bersedia untuk menyambut huluran cinta yang lain, ada sesuatu merentap
semula tangannya.

Dugaan masih mendatang dan mungkinkah selepas ribut, taufan dan hujan, pelangi itu masih kekal setia di langit?

“Percayalah kasih… kesetiaan ini, Kesetiaan yang tak kau duga.”



22 Mar 2013

Semerah Red Velvet

Semerah Red Velvet- Hezzy Azra (5*****)
 Semalam baru baca novel ni.bg aku karya kak Hezzy Azra ni ,
 kne ngn jiwe aku,ini adalah novel terbaru dr beliau.
komen dr aku tgg novel SRV ni..tersngatlah best..

Sinopsis
Di waktu Raina ingin lari daripada Emir Hadhri, kek cawan Red Velvetnya telah menemukan mereka kembali. Raina jadi kalut. Hati Emir semakin terpaut. Mereka bagai langit dan bumi. Namun rasa cinta itu lebih mengatasi sehingga Raina tidak teragak-agak untuk menjadi isteri kepada lelaki yang baharu sahaja dikenalinya.

Oh… rupanya tidak mudah menyesuaikan diri. Banyak perbezaan wujud di celah-celah kehidupan mereka. Setiap kali Emir berulit dengan buku, Raina mati kutu. Raina kepingin untuk berkumpul dengan adik-beradiknya, Emir pula mahukan ruang privasinya. Emir terlalu obses dengan pengajiannya, Raina dambakan kemesraan mereka. Tersilap kata, cemburu pula melanda.

Rasa tidak puas hati semakin membukit. Kisah lama kembali diungkit. Hati masing-masing mula rasa sakit. Hidup sebumbung, tetapi tetap rasa kosong. Benarkah perpisahan merupakan yang terbaik buat mereka?

25 Feb 2013

Drama Cinta Kau dan Aku Episod 1-13


JANGAN LUPAKAN AKU - IZA SAFIYA

 Jangan Lupakan Aku 4.5*

Semalam baru je beli n tamatkan citer ni.
Bagi mie best gak la..n yang pasti citer ni bukan kahwin pakse tau.
kahwin kerana CINTA.
tapi ade gak perkataan yang buat mie rase kelakar.
Hampir semua bab dimulakan dengan ayat FANTASTIK.
Ade gak tanya kawan2 & diorang bagitau yang penulis sengaja tulis perkataan tu
untuk buat pembaca ingat novel die ni..
Memang la ayat tu sesuai digunakan.Tapi bagi mie..kalau kerap sgt penggunaannya
macam kelakar la plak.
& kalau kat tengah bab takpe gak.
Tp penulis gunakan di setiap awal bab.
Pepeun citer ni best bagi mie.


SINOPSIS:

Zara rela apabila Izack meluahkan cinta terhad
apnya. Kesungguhan Izack serta restu keluarga membuatkan Zara pasrah menerima lafaz akad seorang lelaki. “Aku suami dan kau isteri... bersetialah kita pada janji sehingga mati!”

Namun, kebahagiaan mereka bagai terhenti apabila Izack kemalangan. Dia mengalami kecelaruan ingatan. Izack yakin dia masih bujang dan sedang bercinta dengan Nyiela, kekasihnya yang hidup bebas. Tetapi, hatinya jadi sakit pada hakikat yang dia seorang suami pada wanita yang suka berbaju kurung dan bertudung litup. 
Menerima hakikat Izack tidak mengingatinya, Zara jadi sengsara. Nama Nyiela sering disebut oleh suaminya dalam sedar atau mimpi. Akhirnya, Zara relakan Izack mencari Nyiela demi satu hakikat. “Abang... Cinta kita adalah benar! Perkahwinan kita adalah benar! Zara sangat cintakan abang. Abang pun memang cintakan Zara!”
Masihkah ada sisa kasih di hati si suami? Masih belum cukupkah air mata Zara agar ingatan Izack kembali pulih? Hanya takdir yang merungkai segalanya.

22 Feb 2013

Habibie Dan Ainun Full Movie





15 Feb 2013

My En Puteh

dulu & sekarang.

peneman dikala boring.

gaya tido budak nakal
                                             

14 Feb 2013

Perempuan Yang Paling Aku Cinta (PYPAC) - Acik Lana


5*****
PEREMPUAN YANG PALING AKU CINTA

Ni lg 1 novel yg paling aku suke bace..
karya Acik Lana comot ...eh COMEY ..(sori acik syg)
sebelum dapat novel ni..ramai yang dok hentam acik ni...ade yg kate novel ni dlm kategori novel 18sx..
so, lepas dapat ari sabtu tu..tros start bace.
seperti dah kujangka..novel Acik Lana memang TERBAIK, xpernah lg la jd boring bila bace novel acik selama ni & xde plk adegan yg boleh dilabelkan sebagai 18sx ni..
so pada org yg ade PHD kat Acik Lana..stop la dr sebarkan benda xbetul mcm tu lg.
if u all xleh bace novel acik..stop membeli ( leh jimat duit korang kan)  dr tros sebarkan fitnah & kata2 yang xelok untuk dia. - Peace-



yeay...dapat sign  n cop bibir dr Acik Lana..
tq Acik & kak Alida Jusoh .



Asam Pedas Untuk Dia (APUD)

5*****
Novel yg tersgt best n tersgtemosi bila membacanya.
Dah lama dok teragak nk beli novel ni.bila smpai kedai buku je.mesti akn jd adegan
...angkat...
..letak...
...angkat...
...letak
at last..angkat n bayar jugak.
Dah abes bce je..mule la dok terpk..lau dr aritu aku amik novel ni kan bagus...
Tahniah buat akak Penulis NUREEN MIRZA..

8 Oct 2012

Review: Rindu Dalam Sepi-Siti Khadijah

 huk huk huk....Assalamualaikum..lame giler xbersih sawang kat blog ni...since dah ade lappy baru..semangat ckit nk post..eh..kelaut plk citer ni...

Ok..sebenarnya ni yg aku nk citer..ari sabtu lepas.aku ajak en hubby g E-mart kat Matang, Sarawak semata2 nk beli novel ni..dengar komen kat facebook..sume ckp best..tp bg aku...kne bce dlu baru tau best ke x...so aku pun beli la novel ni..

Dari smlm (Ahad) smpai arini (Isnin) bru aku berjaya abeskan novel ni..bukannya ape. mud bce asek tersangkut biler bace novel ni..bila aku bace novel ni..aku dpt rase mcm dah pernah bce novel mcm ni..(maksud aku novel lain)..



Sinopsis:
Ammar Mukhriz. Seorang ahli korporat yang punya segala kemewahan, kecuali rasa cinta dalam hati. Baginya, ungkapan kata Aku Cinta Kepadamu dan I Love You, begitu sukar diluahkan meskipun dia sudah memiliki kekasih hati secantik Lydia.
Keegoannya tercabar semenjak kemunculan seorang gadis yang ala-ala kampung itu. Ainur Mardiyah. Bermula dari gelaran seorang setiausaha, kemudian ditakdirkan menjadi isterinya, gara-gara kejadian pada malam itu.
“Aku nak kau tahu yang aku memang tak ingin beristerikan kau. Perempuan macam kau tak sesuai jadi isteri aku. Jangan pernah kau harap aku akan terima kau sebab aku dah ada kekasih hati yang jauh lebih cantik daripada kau.”  
AINUR MARDIYAH. Gadis itu hampir putus asa apabila kesetiannya dirobek oleh tunang tersayang. Selepas keretakan hubungan itu, dia nekad, tiada cinta lagi untuk mana-mana lelaki. Tapi takdir telah menjodohkannya dengan Ammar Mukhriz yang berjanji akan menyeksa hidupnya disebabkan perkahwinan tak dirancang itu!
“Encik jangan risau, saya takkan ambil masa lama untuk jadi isteri encik. Saya minta agar encik bagi saya tempoh tiga bulan untuk bekerja di hotel encik dan selepas itu saya berjanji akan keluar daripada hidup encik.” 
Tapi ikrar Ammar akhirnya memakan diri sendiri. Ketika hatinya mula mengenal erti cinta, Mardiyah tekad dengan keputusannya. Kehadiran Nizam dan Raqeem menambahkan rasa cemburu dalam hati Ammar. Lydia pula masih enggan melepaskan Ammar ke tangan perempuan lain.
Akhirnya Ammar bulat dengan keputusannya untuk bertindak menawan hati Mardiyah. Adakah perkahwinan atas dasar benci dan terpaksa ini akan menemui jalan bahagia?
“Hanya pada Diya abang boleh ucapkan kalimah itu.”
“Kalimah apa?”
“I love you, my love.” 

biler tgk sinopsis mcm ni je pun dah tau citer mcm mne.Bg aku..novel ni mmg xkne ngn jiwe aku..dapat rase mcm banyak part dalam novel ni yg aku pernah bace..so novel ni xde * dr aku..-peace-

21 May 2012

Rania

Cute x?hehehe..mesti la cute kan? Rania nmpak cute sgt walaupun xsnyum lam pic ni...1st baju kurung yg rania mmg khas buat tok rania sempena majlis Nikah Cikqa  die ujung bulan  ni...

15 May 2012

huk huk huk.....Alhamdulillah...dah lame xupdate blog..tup tup letak kad kawen..hehehe.
xde mse nk update blog...bz ngn bce mnuskrip tok penerbitan KAKI NOVEL & bce novel yg beli taim pesta buku aritu.....

12 Mar 2012

Rania-10/3/2012

Siap nk g ICT

Org 1st Siap..so muke boring la dok tggu yg lain

Senyum tu Wajib k bg Nia

Terlebih la plk Bum Bum ni


Paling suke gmbr ni..senyum seribu makna...