26 Mar 2013

Pelangi Cinta Buat Suami (PCBS)- Acik Lana



Pelangi Cinta Buat Suami (PCBS) -Acik Lana 5*****

Novel Acik Lana yg ke 5 berjaya di khatamkan.
Tersangat best.
Acik Lana ni antara my fav novelis sbb karya die best2 belaka.
 kalau ade novel bru dr acik je..cnfrm akan beli.

Sinopsis:-

Kata orang cinta itu mampu hadir dari pelbagai rupa, segi dan cara. Kadangkala datangnya langsung tidak mampu diramal oleh jiwa, begitu saja.

Imanina : Kerana sebuah diari, perasaan cinta di hati wujud serta merta. Dia terpesona, kagum dan terpukau dengan kata-kata indah itu kerana menyedari betapa beruntungnya menjadi wanita yang dikasihi seorang suami dengan sepenuh hati.

Tengku Qalif : Cintanya kepada Liyana umpama langit yang tidak bersempadan, umpama udara yang
memenuhi bumi, dan sebuah kehilangan membuatkan separuh nyawanya mati. Kerana cintanya satu, mustahil untuk dia memberi rasa serupa kepada yang kedua.

Menyedari keadaan Tengku Qalif yang bagaikan 'mayat bernyawa' Imanina tekad mahu membahagiakan lelaki bergelar duda itu. Namun Tengku Qalif berterusan menolak dan menepis setiap bantuan darinya.

Dan ketika Imanina melamar Tengku Qalif dengan sebuah perkahwinan, perasaan benci di hati kian memuncak. Semakin jauh mengelak, semakin dekat Imanina menghampiri. Dan kerana sebuah cabaran, akhirnya Tengku Qalif terpaksa bersetuju untuk menikahi Imanina.

Perkahwinan yang awalnya dialas dengan kebencian perlahan-lahan berubah menjadi perkahwinan kedua yang terlalu bermakna untuknya. Ketika bahagia merantai hubungan mereka, ada malang datang bertandang. Perpisahan tidak terduga meletakkan Imanina di tempat Tengku Qalif seperti suatu masa dahulu. Sama tidak berbeza.

Namun kemunculan seorang lelaki di pertengahan jalan sengsara membuatkan hati Imanina terbelah dua. Perlukah dia kekal setia dengan sumpah janjinya kepada orang yang telah tiada? Dan ketika tangan bersedia untuk menyambut huluran cinta yang lain, ada sesuatu merentap
semula tangannya.

Dugaan masih mendatang dan mungkinkah selepas ribut, taufan dan hujan, pelangi itu masih kekal setia di langit?

“Percayalah kasih… kesetiaan ini, Kesetiaan yang tak kau duga.”



22 Mar 2013

Semerah Red Velvet

Semerah Red Velvet- Hezzy Azra (5*****)
 Semalam baru baca novel ni.bg aku karya kak Hezzy Azra ni ,
 kne ngn jiwe aku,ini adalah novel terbaru dr beliau.
komen dr aku tgg novel SRV ni..tersngatlah best..

Sinopsis
Di waktu Raina ingin lari daripada Emir Hadhri, kek cawan Red Velvetnya telah menemukan mereka kembali. Raina jadi kalut. Hati Emir semakin terpaut. Mereka bagai langit dan bumi. Namun rasa cinta itu lebih mengatasi sehingga Raina tidak teragak-agak untuk menjadi isteri kepada lelaki yang baharu sahaja dikenalinya.

Oh… rupanya tidak mudah menyesuaikan diri. Banyak perbezaan wujud di celah-celah kehidupan mereka. Setiap kali Emir berulit dengan buku, Raina mati kutu. Raina kepingin untuk berkumpul dengan adik-beradiknya, Emir pula mahukan ruang privasinya. Emir terlalu obses dengan pengajiannya, Raina dambakan kemesraan mereka. Tersilap kata, cemburu pula melanda.

Rasa tidak puas hati semakin membukit. Kisah lama kembali diungkit. Hati masing-masing mula rasa sakit. Hidup sebumbung, tetapi tetap rasa kosong. Benarkah perpisahan merupakan yang terbaik buat mereka?