26 Aug 2013

Terbitan Ogos 2013

Tajuk : Hantu Punya Bos!
Penulis : Dekna Lee 
Terbitan : Lovenovel 
Harga : SM RM24.00 / SS RM27.00

Sinopsis :

BEKERJA sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu. 

“Kau tau tak pagi tadi, dia kutuk telinga capang aku ni? Dia minta aku buatkan dia air dalam gelas besar sebesar telinga aku ni. Hantu punya bos! Macamlah telinga dia lawa sangat! Telinga dia tu berkerepot macam keropok goreng!” ~Diela

Baru hari pertama Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, ‘hantu punya bos!’. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! MELATAH! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya singgah ke muka Abby semula.

Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan ‘mengheret’ gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu?



Tajuk : Episod Cinta Harlys
Penulis : Fieyza Fadlina 
Terbitan : Lovenovel 
Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00

Sinopsis :

Kerana satu peristiwa hitam, Harith dan Arlyssa disatukan dalam sebuah ikatan pernikahan. Namun, ikatan itu hanya sekadar di atas kertas, Enam tahun mereka berpisah kerana ego masing-masing. Pertemuan yang diatur oleh Puan Ainidan Syed Yusri memaksa Arlyssa kembali bersama Harith dengan status ISTERI. 

“Bilik ni ke bilik kita?”
“Apa dia? Bilik kita? Sejak bila pulak ada istilah ‘bilik kita’?!”
“Err.. kalau bukan bilik kita, bilik siapa?”
“Ni bilik saya! Kalau awak nak tidur, awak boleh tidur saja di mana-mana pun tapi bukan di bilik ni dan bukan di bilik-bilik yang lain sebab bilik-bilik tu semua dah ada orang punya!”

Pergaduhan sudah seperti makanan ruji buat Harith dalam hidup bersama Arlyssa. Tapi Harith tersangat sabar. Dan sekeras kerak nasi, akhirnya lembut juga jika direndam dengan air. Begitulah juga dengan hati Arlyssa. Semakin hari rasa sayang dan cinta semakin berkembang mekar di dalam hati. Tambah manis apabila cinta yang dihulur berbalas kembali. Terasa dunia milik mereka.

Perhubungan yang semakin menemui titik kebahagian tiba-tiba dilanda badai. Perkahwinan yang menjadi rahsia dalam keluarga Harith akhirnya terbongkar. Penolakkan dari Puan Hasnah memberi tamparan besar kepada Harith. Dia berbelah bahagi. Di kanan isteri, di kiri pula ibu kandung.

Masalah yang sedia ada semakin bertimpa dengan kewujudan Najwan dan Humaira yang mempunyai misi untuk menghancurkan rumah tangga pasangan ini. Siapa Najwan? Siapa pula Humaira? Dan adakah bahagia akan selamanya bersama mereka?

No comments:

Post a Comment