25 Feb 2013

JANGAN LUPAKAN AKU - IZA SAFIYA

 Jangan Lupakan Aku 4.5*

Semalam baru je beli n tamatkan citer ni.
Bagi mie best gak la..n yang pasti citer ni bukan kahwin pakse tau.
kahwin kerana CINTA.
tapi ade gak perkataan yang buat mie rase kelakar.
Hampir semua bab dimulakan dengan ayat FANTASTIK.
Ade gak tanya kawan2 & diorang bagitau yang penulis sengaja tulis perkataan tu
untuk buat pembaca ingat novel die ni..
Memang la ayat tu sesuai digunakan.Tapi bagi mie..kalau kerap sgt penggunaannya
macam kelakar la plak.
& kalau kat tengah bab takpe gak.
Tp penulis gunakan di setiap awal bab.
Pepeun citer ni best bagi mie.


SINOPSIS:

Zara rela apabila Izack meluahkan cinta terhad
apnya. Kesungguhan Izack serta restu keluarga membuatkan Zara pasrah menerima lafaz akad seorang lelaki. “Aku suami dan kau isteri... bersetialah kita pada janji sehingga mati!”

Namun, kebahagiaan mereka bagai terhenti apabila Izack kemalangan. Dia mengalami kecelaruan ingatan. Izack yakin dia masih bujang dan sedang bercinta dengan Nyiela, kekasihnya yang hidup bebas. Tetapi, hatinya jadi sakit pada hakikat yang dia seorang suami pada wanita yang suka berbaju kurung dan bertudung litup. 
Menerima hakikat Izack tidak mengingatinya, Zara jadi sengsara. Nama Nyiela sering disebut oleh suaminya dalam sedar atau mimpi. Akhirnya, Zara relakan Izack mencari Nyiela demi satu hakikat. “Abang... Cinta kita adalah benar! Perkahwinan kita adalah benar! Zara sangat cintakan abang. Abang pun memang cintakan Zara!”
Masihkah ada sisa kasih di hati si suami? Masih belum cukupkah air mata Zara agar ingatan Izack kembali pulih? Hanya takdir yang merungkai segalanya.

1 comment:

  1. Mimi Syafiqah, terima kasih sudi baca dan komen Jangan Lupakan Aku. Jemput menjengah ke blog saya Saat Pena Di Genggaman.

    ReplyDelete