25 Sept 2013

Terbaru


Order online untuk combo September 2013 telahpun dibuka. Layari laman web kami di http://www.lovenovel.com.my/ untuk melanggan sekarang. 

TAJUK : SI PENCURI HATI
PENULIS : DAYANA DARWISY
TERBITAN : LOVE NOVEL
HARGA : SM RM24.00 / SS RM27.00

SINOPSIS

Cinta... kenapa perlu ada rasa cinta jika itu bukan suratan untuk kita?

Rindu... kenapa perlu ada rindu jika hadirnya hanya membawa duka?

Sayang... kenapa perlu ada rasa sayang jika kasih yang diberi dibalas dengan tuba?

Sayang Damia – Gadis cantik manis yang melalui kehidupan yang sukar setelah kematian bapanya. Hidup bersama seorang ibu yang gemar mengatur hidup dan jodohnya membuatkan Damia memberontak keras. Dia membawa diri ke rumah bapa saudaranya di Mersing demi mencari sebuah ketenangan.

Namun ketenangan yang dicari akhirnya bertukar menjadi mimpi ngeri. Pertemuan yang tidak sampai empat puluh lapan jam dengan Tengku Darwisy Firhad telah merantai mereka dengan ikatan suami isteri. Damia terpaksa menerima lelaki itu sebagai seorang suami dengan perasaan yang kosong, tidak ada walau sekelumit rasa cinta.

Benarlah kata orang, hati manusia begitu mudah berubah. Dari perasaan benci yang melangit, ia berganti pula dengan perasaan sayang yang mendalam. Hati Damia telah dicuri oleh lelaki yang baru dikenalinya itu. Cinta ini benar-benar nyata pada perasaannya.

Namun perpisahan yang kononnya hanya untuk sementara telah mengubah jalan takdir hidup mereka berdua. Cinta di hati Damia berkecai musnah sehingga dia tekad kembali ke United Kingdom tanpa pengetahuan suaminya. Dia mahu lari sejauh mungkin dari lelaki bernama Darwisy.

Entah di mana hikmahnya, kepulangan Damia dua tahun kemudian telah menemukan dirinya dengan Darwisy sekali lagi. Lelaki itu masih bergelar seorang suami, dan dia masih membawa gelaran seorang isteri biarpun hakikat itu cuba disembunyikan.

Namun hati yang pernah terbelai indah kadangkala menuntut rasa cinta itu untuk kembali dalam hidupnya. Damia keliru di persimpangan. Perlukah dia kembali kepada lelaki yang telah menduakannya? Relakah dia hidup bermadu tatkala hati begitu jerih menanggung rasa? Dan mampukah kehebatan cinta seorang lelaki bernama Darwisy kekal sehingga ke akhirnya?


TAJUK : DI PENGHUJUNG CINTAKU ADELIA
PENULIS : WAN ROHAYU
TERBITAN : LOVE NOVEL
HARGA : SM RM25.00 / SS RM28.00

SINOPSIS

Hasrat seorang ibu yang terlalu inginkan anak perempuan akhirnya telah memeterai sebuah ikatan yang tidak terduga. Kehadiran seorang wanita bergelar isteri yang tidak pernah didamba membuatkan Nik Pasha tertekan dan benci. Dia kemudian memutuskan untuk menyambung pelajaran di luar negara demi mengelak tanggungjawab terhadap perkahwinan tanpa rela ini. Enam tahun di negara asing, Nik Pasha kembali dengan membawa tekad. Tekadnya untuk menceraikan si isteri yang tidak pernah dicintai dan dikasihi. Namun tatkala mata singgah di raut wajah itu, jiwanya mula sangsi dan berbelah bahagi. Perasaan mula tunggang langgang tidak menentu. Oh Tuhan, apa yang perlu dia lakukan? Putaran takdir sentiasa membawa pertemuan demi pertemuan antara mereka berdua. Nik Pasha bertugas sebagai seorang doktor, manakala Adelia pula bergelar seorang jururawat di hospital yang sama. Tidak mampu dielak, mereka sering bertembung muka dan berlaga pandang kerana tuntutan tugas. Pelbagai kejadian dan insiden muncul lalu menguji rasa di dua hati yang sering menafi.

“Aku tak suka kau keluar dengan lelaki. Naik motor pula tu. Ingat! Kau tu isteri orang.” – Nik Pasha

“Saya ni isteri orang ke, Dr Pasha? Isteri siapa, ya?” -Adelia

Jika benar rasa itu hanyalah benci, jika sungguh hati sendiri tidak pernah berisi, mengapa aneh benar lagu yang bergetar di jiwa? Katakan selama mana diri perlu mencari, andai bibir hanya mampu menyebut dan menyeru satu nama.

No comments:

Post a Comment