1 Nov 2013

KELUARAN OCTOBER 2013


Penerbitan Lovenovel : Terbitan Oktober 2013

Order dibuka sekarang. Layari laman web kami di :http://www.lovenovel.com.my/ untuk melanggan novel terbaru LN sekarang.


Tajuk : Lafaz Cinta Di Jari Manis
Penulis : April Snow
Penerbit : Lovenovel Enterprise
Harga : SM RM22.00 / SS RM25.00

Sinopsis :

“ I tak akan terima perempuan curang jadi isteri I. I takkan terima perempuan yang dah dipeluk lelaki lain! I tahu you suka dia dari dulu, Qis. And due to that, you don’t deserve me, Qis.”- Khalish Ariq

Hanya kerana salah faham, ego dan cemburu seorang lelaki bernama Khalish Ariq, Annur Qistina terpaksa menanggung akibatnya. Dia dimalukan di hadapan seluruh keluarganya tatkala Khalish tidak muncul pada malam pernikahan mereka. Kerana percayakan cerita Khalish, Qistina dihalau oleh ayah kandungnya sendiri.

Manchester menjadi tanah air Qistina selama tempoh pelarian. Walaupun pergi dengan tiket tuntutan tugas, yang nyata dia ke sana membawa sekeping hati yang hancur dicincang sang tunang tercinta. Lebih lima tahun di perantauan menimba pengalaman, langkah Qistina kembali menjejak tanah air. Walaupun pulang dengan semangat yang baru, namun maruah yang terhumban ke lumpur tidak mungkin boleh dijernihkan biar bermandikan tujuh lautan. Hatinya sangat-sangat terluka!

Di pihak Khalish, biar kesalnya mencecah ke puncak gunung, namun semua itu belum mampu meraih keampunan Qistina. Kini Qistina bukan lagi si Barbie doll yang dahulunya lembut bicara, sang Barbie doll pujaan hatinya itu kini umpama singa yang terluka!

“I manusia Khal. I ada hati, ada jiwa. Jangan you mimpi I akan lupakan apa yang terjadi dulu. I yang harung semuanya. Sendiri, terbuang, di mana you selama ini? Di mana, Khal?" – Annur Qistina

Cabaran kian getir buat Khalish apabila terpaksa bersaing dengan Fazwan Anuar sang CFO yang muncul dengan misi yang sama untuk menawan hati sang Barbie doll jelita. Khalish sedar pesaingnya bukan calang-calang orang, jadi dia perlu melakukan sesuatu jika mahu Qistina menjadi miliknya. Biar dihambur keras, langkahnya tidak akan goyah, dia rela! Lamaran dihulur kerana dia tahu di hati Qistina masih ada cinta untuknya disitu.

Qistina pula bingung, keliru. Mana satu yang harus dipilih? Kepada Joe, teman akrab yang paling memahami dihambur segalanya. Namun tanpa Qistina sedar, dalam diam temannya itu menyimpan rasa dan hasrat yang serupa. Rasa yang tidak pernah terzahir, hasrat yang tidak pernah terluah.

Lalu siapakah yang akan memiliki diri dan hati Annur Qistina? Dan lafaz cinta siapakah yang akan terpilih untuk dipatri ke jari manisnya?

“Can we start all over again? You, me, being together again under one roof?” – Annur Qistina


Tajuk : Puzzle Cinta Aisara
Penulis : Lily Qiara
Penerbit : Lovenovel Enterprise
Harga : SM RM24.00 / SS RM27.00

Sinopsis :

Puteri Fiona Aisara telah berikrar setia untuk hidup bersama Alif Fazli sehingga ke akhir hayatnya. Namun keteguhan cinta mereka teruji dengan sikap Puan Sri Marina yang tidak ingin bermenantukan lelaki yang tidak setaraf dengan keluarganya. Bagi Aisara, berdepan dengan seorang ibu yang bersikap tegas dan mendesak, hidupnya kian berantakan. Lebih-lebih lagi apabila dia dipaksa menikahi lelaki yang telah dipilih oleh ibunya.

Tertekan dengan desakan, Aisara kembali ke Australia dan meninggalkan Alif dengan keyakinan cinta mereka akan kekal bersatu. Dan ketika ikatan dikukuhkan dengan perkahwinan secara sembunyi, dugaan yang datang kian hebat. Kepada Alif, Aisara diisytiharkan telah mati!

Bagi Alif Fazli, bukan mudah menggendong kedukaan yang terbeban di bahu kesan dari kehilangan seorang isteri. Kerana terluka dan kecewa, dia membawa diri ke United Kingdom demi mencari ketenangan. Beberapa tahun berlalu, Alif kembali ke Malaysia untuk menyertai pameran fotografi anjuran Tiara Holdings. Dan di situ seluruh perasaannya tersentak tatkala bertemu si isteri yang selama ini difikirkan telah mati.

“Kenapa isytiharkan kematian sendiri, sedangkan Puteri masih hidup?” – Alif Fazli.

Kemunculan wanita berpurdah bernama Aisyah semakin menyelerakkan puzzle dalam kehidupannya. Gerak-geri dan sikap penuh misteri Aisyah semakin mengelirukan, kadangkala mirip seperti sikap isterinya, Aisara. Benar, semuanya penuh dengan teka-teki!

“Semuanya salah Puteri. Puteri yang derhaka pada abang, Puteri yang khianati janji-janji kita. Puteri yang cipta derita ini!” – Puteri Fiona Aisara.

Dugaan demi dugaan yang mendatang kekal menguji hati kedua-duanya. Mampukah setiap kepingan rasa cinta, rasa sayang, melengkapkan keseluruhan puzzle kehidupan mereka? Dan cinta tanpa restu, akankah ia kekal untuk selama-lamanya?

No comments:

Post a Comment