22 Nov 2013

KELUARAN NOVEMBER 2013





ORDER NOVEL TERBITAN NOVEMBER 2013 KINI DIBUKA.

Layari laman web kami di : http://www.lovenovel.com.my/ untuk melanggan.


Tajuk : Tak Mampu Menjaga Cintamu 
Penulis : Ayumi Syafiqah
Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00

Sinopsis :

Cinta yang hadir bukan untuk melemahkan jiwa, tetapi untuk menguatkan hati menjalani hari-hari yang mendatang. Kerana itulah, Anatasya memilih untuk menerima Naqiu dalam hidupnya biarpun cintanya pernah dipermainkan lelaki itu lima tahun yang lalu. Dia cuba memujuk hati untuk memaafkan dan memberi peluang kepada diri untuk bahagia sekali lagi.

“Abang rindukan Tasya yang dulu. Tasya yang sentiasa ceria bila jumpa abang, Tasya yang tak pernah lekang dengan senyuman, Tasya yang suka ketawa, Tasya yang pandai ambik hati abang, Tasya yang tak pernah ragu dengan abang.” – Naqiu.

Itu yang Naqiu mahu dan itu juga yang cuba ditunaikan demi menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri. Namun, hanya kerana satu insiden, kepercayaan yang mula dibina Anatasya musnah dalam sekelip mata. Cinta yang hadir untuk kali kedua nyata tetap tidak mampu dijaga dengan sempurna.

“Dia tak pernah berubah. Dia masih Naqiu yang dulu, yang tak pernah tahu menghargai, yang hanya tahu melukakan hati aku.” – Anatasya.

Kata maaf yang dihulur hanya dipandang sepi. Naqiu lelah sendiri. Andai melangkah pergi mampu mengubat luka di hati, untuk apa dia terus setia di sisi?

“Kenapa harus memilih jalan derita sedangkan jalan bahagia ada depan mata?”





Tajuk : Andai Cintamu Aku Miliki
Penulis : Yusnida Tajudin
Harga : SM RM24.00 / SS RM27.00

Sinopsis :

Kalau cinta katakanlah… tidak aku terus gelisah… kalau diam manaku tahu”

Orang kata, dari mata turun ke hati, dari hati lahirlah cinta. Kadang-kadang cinta tu hadir tak perlu pun ada penyebabnya kerana cinta itu hanya perlu ada dua hati dan dua jiwa yang merasainya.

“Kalau kau tanya, siapa yang bertahta di hati aku, aku sendiri tak punya jawabnya. Kalau kau tanya, kenapa aku pilih dia.. aku sendiri pun tak punya jawapan untuk soalan itu. Aku cuma tahu, setiap kali aku disapanya, hati ini rasa terlalu dekat padanya, setiap kali wajahnya melingkari pandanganku, jiwa ini rasa sudah dimilikinya.” ~ Acam.

“Mungkin di mata mereka kau hanya gadis biasa, tapi di mata aku kau sangat istimewa. Hanya aku yang tahu di mana letaknya keistimewaanmu sehingga mampu membuatkan hatiku berdegup kencang tiap kali mengingatimu” ~ Dzil

“Aku mahu rasa kasih itu lahir sendiri tanpa perlu memaksa dirimu. Aku mahu hatimu sepenuhnya dan kerana ini aku tidak mahu terus memaksamu menerimaku. Biarpun aku bukan pilihanmu, aku akan tetap terus mencintaimu kerna kadangkali cinta tak bermakna memiliki …” Qaid.

Sukar untuk menebak siapa yang akan bertahta di hati Acam, gadis kasar dan ala-ala tomboy yang sering lepas laku. Mulutnya berbisa apabila bersuara tapi di hati ada taman bunga yang terentang luas. Kehadiran Dzil, jejaka yang sering mengganggu hidupnya membawa hura hara di hati Acam. Semakin dia menjauh, semakin Dzil mendekat dengan bermacam-macam kerenah. 

Dalam hati berperang dengan perasaan, hadir pula Qaid, Shah dan Faizal yang cuba merebut hati Acam. Akan terbukakah hati gadis itu untuk mereka atau haruskah dia melangkah pergi meninggalkan kesemuanya.

No comments:

Post a Comment